Terima Kasih.

Bismillah.

Maha suci allah & selawat serta salam pada junjungan besar Muhammad saw, keluarga juga sahabat baginda. Alhamdulillah. Syukur atas segala apa yang dikurniakan. Hari Selasa. 22 Muharram 1432h @ 28 Dec 2010. 26c @ 77f. Sekali lagi Allah swt memberikan rahmat di pagi mulia ini. Alhamdulillah.

Agak seketika aku tidak tulis tulis di sini. Bukan tidak berkesempatan tapi aku ada urusan lain untuk di selesaikan. Jadi ada sedikit masa terluang & ketika betul betul aku mahu taiptaip, baru aku akan taip. Ya. Aku bersyukur pada Allah swt di atas segala nikmat & rahmat serta atas apa yang di kurniakanNya. Tidak kiralah dari aspek yang mana sekalipun, aku tetap bersyukur. Ada dalam satu hadith yang berbunyi, Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.Riwayat At-Tabrani. Alhamdulillah aku tidak pernah lupa untuk mengucapkan syukur padaNya.

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini. Aku perhatikan perkara yang berlaku itu semua sangat teratur. hinggakan Allah mengurniakan perasaan kasih & sayang aku pada seseorang itu. Walaupun perasaan itu hanyalah pinjaman Allah swt di alamNya ini, namun itulah perasaan yang sangat aku impikan bersama si dia. Aku dikurniakan Allah swt seorang dalam hidupku yang bernama wanita. Sangat aku bersukur pada Allah atas kurnianNya itu. Sungguh indah.. Terima kasih ya allah. Aku juga berterima kasih pada si dia. Alhamdulillah.

Inshaallah, akan di izinkan allah, aku dan si dia akan membawa hubungan ini ke arah yang lebih baik. Baik dari segalanya. Aku selalu berdoa memohon Allah memudahkan perjalanan kami, melimpahkan rezeki kami, memberi kami keredhaanNya & rahmatNya pada kami, merestui hubungan kami & memberi kami yang terbaik di dunia serta juga terbaik di akhirat. Inshaallah. Sesungguhnya hati aku ini sudah berada bersamanya. Inshaallah.

~ by karmatunk on December 28, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: