Alhamdulillah.

Bismillah.

Maha suci allah & selawat serta salam pada junjungan besar Muhammad saw, keluarga juga sahabat baginda. Alhamdulillah. Syukur atas segala apa yang dikurniakan. Segala aturan dalam kerajaanNya sangatlah hebat. Terlalu banyak perkara yang berlaku diatas penganugerahanNya segala nikmat dan rahmatNya pada kita manusia ini. Tapi agak sukar untuk kita ucapkan kesyukuran itu. Bila nampak depan mata baru kita tersentak untuk ucapkan kesyukuran pada Allah. Sedangkan kasih sayang Allah pada kita mendahului kemurkaanNya. Rugi kalau kita tidak bersyukur walaupun sedikit, untuk kita duduk dan syukur atas kebesaran Allah.

Dulu aku merasakan kita manusia ini mampu untuk mangaturkan segalanya walaupun kita tahu Allah yang menentukan. Kini aku sedar yang Allah itu mengaturkan segala galanya di alamNya ini dari sekecil kecil perkara hingga sebesarnya. Kita hidup dalam kerajaan Allah yang kita tidak sedar kita adalah hambaNya. Aku sangat sangat syukur padaNya kerana memberi aku nikmat dan kehidupan serta segalanya diatas alamNya ini. Apa yang telah berlaku, sedang berlaku & akan berlaku sangat unik, sangat halus. AturanNya cukup sempurna.

Terima kasih atas anugerahNya pada aku. Anugerah yang tidak pernah aku sangka dan aku fikir yang Allah akan menganugerahkan pada aku tentang sifat Ar-Rahman & Ar-RahimNya melalui makhlukNya yang bergelar wanita. Hanya wanita itu yang mengerti tentang apa yang aku perkatakan. Semalaman aku panjatkan kesyukuran pada Allah tentang aku & dia. Sangat teratur dengan Allah mengaturkan pertemuan pertama pada 1 Muharam 1432h. Subhanallah. Tarikh baru takwin Islam dan sudah tentu permulaan baru untuk aku yang ada ‘dia’. Alhamdulillah. Sesungguhnya bila kita lihat sekali imbas nampak seperti biasa saja tapi bila duduk fikir dalam dalam, mashaAllah..hebat sungguh! Tiada pertikaian kepada Allah atas setiap kurniaanNya.! Alhamdulillah. Perubahan demi perubahan berlaku dalam  hidup aku. Apa yang aku nak sampaikan, aku ‘Alhamdulillah’ padaNya. Syukur padaNya. Terima kasih Allah. Terima kasih pada ‘dia’ juga kerana sudi bersama aku. Inshaallah Allah akan beri panduan pada aku & ‘dia’ menuju jannahNya. Inshaallah. Wassalam.

*Alhamdulillah. Syukur Allah. Syukur ‘dia.

~ by karmatunk on December 17, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: