Syukur.

Bismillah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Maha Suci Allah & Selawat serta salam buat Rasulullah. Jam waktu tempatan kini 0643 pagi. Hari Isnin yang cerah. 30 Zulhijjah 1431h @ 06/12/10. 26c @ 77f. wnw 4 mph. Pagi tenang berawan serta berangin. Bersyukur kita pada Allah swt atas nikmatNya lagi.

Agak seketika aku tidak bermain jariku diatas papan kekunci ini. Bukanlah aku malas atau tiada apa yang hendak aku ceritakan tapi aku sedang giat dalam usaha membaiki iman aku. Tidaklah goyah tapi aku nak kukuhkan iman aku seteguhnya. Aku sangat bersyukur pada Allah swt sebab tanpa mintak & tanpa doa aku dilahirkan sebagai Islam dan Umat Muhammad saw. Aku bukanlah Ah Chong atau Muthusamy. Alhamdulillah. Islam adalah agama aku. Sekarang ini aku tidak mahu islam atas pada nama, keturunan, adat, atau ikut ikut sahaja, tapi aku mesti mahu tahu Islam yang sebenar benar Islam. Dalami Islam sedalamnya. Dalami kalimah “Lailahaillallah, Muhammadarasullullah”. Fadhilat serta manfaatnya. Islam itu sesungguhnya sangat halus sahabat sekalian. Dan setiap apa yang berlaku walaupun kedudukan & bentuk awan itu juga ada maksudnya, apa sahaja ciptaanNya ada pengertiannya. Jika kita tidak cari, kita tidak akan sedar betapa Maha Suci Allah itu.

Kita manusia tahu nilai dunia tapi sama sekali tidak tahu nilai akhirat yang nyata itu. Kita tidak ambil pusing atau peduli pun tentang nilai akhirat. Sedangkan akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi. Kita perlekehkan dan mempermainkan agama tanpa kita sedari. Kita pandai cakap ikut Al-Quran & Sunnah tapi aku mahu bertanyakan “berapa  banyak sunnah yang kita amalkan dalam sehari?” ” berapa baris kalamullah kita baca dalam sehari” “berapa banyak kitab sudah kita baca?”.. sangat minimum bukan? Aku syukur aku ada amalan yang berkaitan. Aku mahu selamatkan diri aku di akhirat kelak, selamatkan isteri aku, selamatkan ibu ayah, kaum keluarga dan kerabat aku serta kalau boleh umat Muhammad yang lain. Sebab itu aku bersiap sedia dari sekarang kerana dunia ini penuh tipu daya. Aku tidak mahu leka lupa lalai & alpa dalam dunia ini lagi.

Aku juga panjatkan kesyukuran pada Allah atas kurnianNya. Dari sekecil kecil pemberian sehingga yang besar tidak terhingga pemberian. Aku bersyukur padaNya kerana memberi pinjam perasaan dan sifat Rahman & RahimNya pada aku. Perkara yang kita minta pasti Allah tunaikan disamping keikhlasan, kejujuran yang aku berikan. Tidak lepas dari hati aku ucapkan syukur atas kurnianNya ini. Sesungguhnya sememangnya aku tidak ragu atas janji Allah. Segala aturan dalam kerajaanNya ini sangat kemas, sangat teratur hingga menitik air mata aku mengenangkan penganugerahanNya di alam Allah ini. ** . Allah menciptakan segalanya berpasangan di alamNya ini kecuali hanya Allah tidak berpasangan. Jika benar dia pasanganku, maka perkenankanlah Ya Allah. Janji aku padamu Ya Allah, akan aku jadi yang terbaik untuk dia InshaAllah disamping mencari jalan pulang kepadamu didalam keredhaanMu dan rahmatMu. Putih aku dilahirkan, putih juga aku akan dikeluarkan. Aku akan bawa dia sekali kepada Allah swt. InshaAllah.

Bacalah segalanya dengan nama Rabb. Mulakan denga bismillah. Lakukan dengan enam sifat; iman, solat, ilmu zikir, ikram muslimin, ikhlas dan dakwah. Lapan Ijtimai’ Amal serta enam + satu Daie yang keluar di jalan Allah. InshaAllah.

Segala yang baik turun dari Allah swt dan yang yang tidak baik dari aku insan yang hina. Subhanallahiwabihamdih..

**

~ by karmatunk on December 5, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: