Temuduga Bertulis.

Salam.

Lembaga Zakat Selangor, menjemput aku temuduga bertulis bertempat di Masjid Negeri, Shah Alam tempoh hari. Aku sedikit pun tidak rasa kekok & gentar untuk menghadirkan diri kerana aku sememangnya bersedia. Alhamdulillah. Memang bagus dari segi pengurusan tapi maafkan aku sekiranya aku berkata yang segelintir dari staff mereka itu sendiri tidak beretika dalam pekerjaan mereka. Aku ingat atas nama rukun Islam, Zakat, mereka akan bertindak berlandaskan agama namun terpesong sama sekali. Aku tidaklah mahu menuding jari pada siapa perkara ini harus ditujukan, namun pabila dalam dewan temuduga masih ada staff yang bergula gula getah dan terus kunyah mengkunyah ternganga nganga dan dia adalah wanita, bercakap & bersembang macam mana enah dan beberapa perkara yang agak tak perlu la nak aku taip. Hmm. Mana pergi kesedaran & contoh yang sepatutnya ditonjolkan pada para hadirin.  Mana etika mereka sebagai kakitangan dalam bidang agama. TIADA!

Pagi itu aku datang penuh dengan keyakinan & semangat namun bila aku tengok keadaan  yang macam itu, aku dapat bau ada sesuatu yang kurang berada pada landasannya. Terus aku bersikap sambil lewa sebabkan aku geram lihat telatah muslimin dan muslimah yang handle majlis itu. Tidak sepatutnya terjadi macam itu. Jagalah ETIKA.! Jagalah AGAMA.! Jagalah AURAT! Aku pun tidaklah bagus tapi kalau takat masa itu aku nak ‘tembak’, memang aku cari pengurus bahagian yang melaksanakan majlis itu. Tolonglah jaga apa yang sepatutnya. Jangan ingat anda sudah bertugas disana, anda menunjukkan sikap angkuh dan bodoh sombong anda itu. So, image kat atas tu adalah masa aku hadirkan diri di tempat temuduga tempoh hari. Aku tak mahu taip banyak banyak. Nanti jadi novel pulak. Fikir fikirlah ya. Maafkan saya. Sekian..

~ by karmatunk on November 21, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: