Pembetulan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Salam.

Hari Rabu. 4 Zudlhijjah 1431h bersamaan 10 November 2010.  26c-29c / 78.8f-80-f. Windy is calm. Mostly cloudy. Bismillah. Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila rosak bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Jika diselami dengan lebih halus, lebih banyak kesilapan yang akan kita nampak. Sewaktu menuntut bersama guru saya, kesilapan yang sehalus halusnya dapat kita jejaki. Walaupun selalunya kita baca kita akan rasa betul, guru aku ada sesekali betulkan bacaan aku hingga satu tahap guru aku “like”. Silap bacaan, silaplah pengertiannya. Disini mari kita sama sama betulkan kesilapan yang sangat ketara.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknatyang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama-nama syaitan tersebut:-

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,

4. KANNAQ (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAQ,

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,

6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. (Iya bermaksud ‘matahari’. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!

7) SIROTHOLLAZI………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA… 2 harakat, MIN… 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, InshaAllah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya. Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmat & redhaNya, InshaAllah.

~ by karmatunk on November 10, 2010.

One Response to “Pembetulan.”

  1. info yang menarik…

    izin nyimak ya…

    di tunggu kunjungan baliknya…

    by auto loan refinancing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: