RahmatNya hanya 1.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Salam.

Rabu hari ini. 27 Zulkaedah 1431h. 03 November 2010. Agak seketika aku tidak menaip naip disini. Agak sibuk dengan perkara perkara dunia. Huh. All of sudden banyak pula kerja yang mahu di uruskan tapi alhamdulillah segala urusan itu Allah permudahkan dan bantu aku selesaikan. Aku alhamdulillah sihat dan kuat. Hari Khamis malam yang akan datang ini, aku akan ke Pulau Pinang. Usaha atas iman dan aku akan pergi kerana Allah taala dan pulang juga kerana Allah taala. Ya. Segala apa yang aku buat ketika ini adalah kerana Allah taala. Aku hidup didunia ini juga kerana atas nikmat dan sifat Ar-Rahman & Ar-RahimNya pada aku, kita manusia ini. Rahmat Allah itu adanya 100. Hanya 1 diturunkan di dunia ini manakala 99 lagi untuk orang beriman di akhirat kelak. Allah turunkan 1 saja rahmatnya di dunia ini untuk dikongsi bersama oleh segala makhluk yang ada di muka bumi. Manusia (termasuk orang kafir), haiwan, tumbuh-tumbuhan dan jin. Dengan satu rahmat itulah, kita menikmati segala nikmat Allah.Allah suruh kite merahmati yang di bumi supaya kemudian nanti yang di langit akan merahmati kita. Baki 99 lagi rahmat di sisi Allah itu di simpan untuk orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Itu lah ‘Ar- Rahim’. Rasulullah beritahu yang orang masuk syurga bukan kerana amalan mereka tetapi kerana rahmat Allah. Amal ibadat adalah tanda kesyukuran kita terhadap rahmat yang telah dilimpahkanNya, ape yang telah dilimpahkan itu terlalu banyak dan tidak terjangkau, yang kita tak mohon pun Allah tetap limpahkan. Cth: Oksigen / udara. Kita tidak layak meminta rahmat Allah sebenarnya…tapi Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang! InsyaAllah kita berada dalam rahmatNya! Selalulah kita bersyukur kepada Allah swt. Kita selalulah hargai apa yang kita miliki dan apa yang kita ada. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan. Tak ternilai pemberianNya. Fikir fikirkanlah.. Wassalam

~ by karmatunk on November 3, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: