Dilarang.

Salam.

Selamat pagi dunia! 01/11/2011 bersamaan 25 zulkaedah1431h. Alhamdulillah aku bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan keatas aku dengan segala limpah kurniaNya, aku masih lagi diberikan nikmat dunia ini untuk aku terus bermujahadah diatas jalan Allah swt. Adapun perkara yang boleh memudaratkan dan membinasakan manusia itu amat banyak, di antaranya ialah merokok. Tetapi berapa ramaikah perokok yang sedar dan terbuka hati jika menerima teguran dan nasihat yang telah disampaikan walaupun mereka sedar perbuatan yang mereka lakukan itu memudaratkan dan membahayakan orang lain.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nisaa’ ayat 93 tafsirnya :

Dan siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat serta menyediakan baginya seksa azab yang besar”.

Aku minta maaf sekiranya entry kali ini akan ada menyinggung perasaan sahabat sahabat aku. Minta maaf sangat. Maafkan aku ya?🙂  Alhamdulillah aku bukan perokok, aku tidak pernah merokok walaupun sekali dalam seumur hidup aku. Aku rasakan yang ianya langsung tidak memberi manfaat pada aku malahan membazir lagi ada. Namun, kebanyakkan sahabat aku adalah perokok. Aku tidak tahu apa yang mahu dibanggakan dengan rokok! Bukan aku nak marah atau benci pada perokok, tapi aku mengalami satu keadaan yang tidak selesa bila bersama mereka dan ada antara mereka yang sengaja menghembuskan asap rokok pada yang tidak merokok. Aku tidak suka bila baunya itu melekat pada pakaian aku. Once dah melekat tu, bila pulang ke rumah, ditanya pulak ibu ayah kita, “Kuat bau rokok?”.. sedangkan aku tidak berbuat demikian. Bukanlah aku ini sempurna sangat pun tapi aku terus cuba sempurnakan diri aku. Walaupun begitu, ada juga sahabat sahabat yang faham dan menghormati kawan lain yang tidak merokok. Terima kasih! Pernah aku baca bahawa: “Jika suatu itu nyata mendatangkan mudarat, kerosakan dan kebinasaan maka memakan termasuk menghisapnya dihukumkan haram”. Tapi apa boleh buat. Benda yang namanya rokok itu telah sebati dengan kita. Percayalah tanpa adanya kesedaran dan keinsafan sudah tentu matlamat yang dihajati tidak akan tercapai, jauh sekali untuk mendapat udara bersih yang bebas daripada pencemaran. Sama-samalah kita berdoa semoga kita, keluarga kita dan negara kita mendapat perlindungan dan pemeliharaan dari Allah Subhanahu Wata’ala. InsyaAllah.

“Dari Ibni Abbas Radiallahuanhuma : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Seseorang itu tidak boleh memudaratkan orang lain yang boleh mengurangkan haknya dan orang yang dimudaratkan itu tidak boleh pula membalasnya dengan kemudaratan“. (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)

~ by karmatunk on October 31, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: