Kekeluargaan.

Salam.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit

Hari ini Jumaat. 29 Oktober 2010 bersamaan 22 Dzulkaedah 1431h. Cuaca agak mendung 26c/79f. Kelajuan angin 5-9kmh. Rahmat sungguh pagi ini apabila hujan turun membasahi bumimu Ya Allah. Hari ini aku sungguh merindui adik adik aku! Walaupun aku masih duduk dirumah bersama keluarga, namun adik adikku duduk berasingan. Adik ke 2 aku sekarang ini menetap di Subang dan bekerjaya di Bangsar manakala 2 orang adik yang kecil tu masih bersekolah berasrama. Jadi jarang jaranglah aku ketemu mereka. Kadang kadang tu, aku gurau dengan ibuku macam aku bergurau dengan mereka semua! Kena marah la juga sebab aku selalu pi cubit ibuku & selalulah aku gurau senda. Bila aku dah rindu sangat tu, lagi macam macam aku buat kat ibu aku. Mangsa keadaan. Maaf ya Pn Amelia🙂 Aku selalu tunggu hari Jumaat sebab aku tahu yang adik adik akan balik rumah. Ha! Inilah masanya🙂 Aku dan adik lelaki aku sangat rapat. Sangat sangat rapat.! Tidaklah aku tahu nak terangkan macan mana sebab sangat rapat! Adik yang bongsu, perempuan dan sangat manja. Aku sayang adik adik aku! Bawah ni adalah gambar kedua ayah ibu aku dan 4 beradik yang di captured pada 1 Ramadhan 1431h lalu.

En Tun Kamaruddin & Pn Amelia

Farah. AKU. Amirul. Alyafaten

Aku akan senantiasa mendoakan kebahagian, ketenangan, kesayangan, kecintaan dan yang baik baik serta ukhuwah kami sekeluarga akan terus berada dibawah payung keredhaanmu Ya Allah. Berikanlah kami yang terbaik di dunia dan yang terbaik di akhirat..InsyaAllah!

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Barangsiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Barangsiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada Hari Kiamat.

~ by karmatunk on October 29, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: