Pinjaman semata mata.

Salam.

Hari ini, petang tadi aku telah dihubungi oleh seorang kawan lelaki yang agak kronik sifatnya kerana suka mencuba ilmu orang lain. Sedangkan ilmu didadanya itu pun belum diketahui dan dikorek oleh dirinya sendiri. Aku ni bukan lah pandai, tapi aku tahu. Jadi aku cuba layankan kawan aku ini. Makin dilayan makin kronik. Dibawah adalah sebahagian dari cerita petang tadi…

“Karma, awak mengaku islamkan? Boleh buktikan keislaman awak? Apa yang awak mengaku awak itu orang islam? Buktikan hadith nabi akhir zaman tentang 100 syahid jika amalan amalan sunnah diamalkan pada akhir zaman?” dan beberapa soalan yang aku rasakan agak sensitif untuk pemikiran banyak pihak,  jadi aku tak tulis kat sini. If nak tahu anda semua boleh la PM aku. Aku cakap, boleh. Aku boleh bagi tapi sebelum tu aku nak tanya dia dulu. Then dia cakap tanya la. Aku tanya dia..

Maaf bro, bila 1st time bro mengucap dua kalimah syahadah? Bro solat bukan? Kenapa bro solat? Kenapa dlm solat ada 2 kali sujud? Mana letaknya Alif? Ba? Ta? Mim? Ya? Rukun islam dalam sudut tarekat, sila terangkan?” Ha.. macam itulah lebih kurang. Dia nak marah marah pulak. Dia kata aku terlalu ghairah & taksub. Aku cakap memang . Memang aku ghairah & taksub kejar agama Allah. Aku ghairah & taksub nak tahu sunnah sunnah dan amalan para nabi. Aku ghairah & taksub nak tahu islam yang benar benar islam.

Terus bro tu caci maki aku. Aku mcm biasa sahaja. Layankan sampai satu tahap aku bagi tahu..

“Bro… saya tak pandai. Saya lemah & saya bodoh bro. Saya cuma buat seruan para nabi dan perintah Allah swt. Bukan niat saya nak tunjuk apa yang saya ada dari segi ilmu tapi semua itu adalah hak Allah. Semua itu ilmu Allah. Allah yang punya. Saya (manusia) pinjam sahaja ilmu Dia ini untuk saya dekatkan diri saya pada Allah. Guru saya adalah perantara kepada ilmu ilmu Allah itu. Saya minta maaf sangat bro. Bro kena ingat, bro cerita tadi semua syariat sahaja sedangkan ilmu Allah itu luas dimana kita ada lagi tarikat, hakikat & marifat. Allah suruh cari ilmu & bukan suruh test ilmu bro. Tidak apa bro, if ada masa mungkin kita boleh duduk, sembang tentang kebesaran Allah. Mungkin kita boleh duduk dalam satu majlis ilmu sama sama. Baru kita tau betapa keciknya kita ini. Kalau nak dibandingkan kita manusia akhir zaman ini, kita ini tiada apa pun bro. Masa Nabi di isra’ mikraj kan, nabi ada ternampak satu malaikat yang dari awal ciptaan malaikat itu hanyalah berdzikir pada Allah bro. Malaikat yang dari pada awal ciptaanNya hanya sujud pada Allah bro. Malaikat yang tidak pernah ingkar pada Allah bro… Bro fikirlah dengan amalan kita sekarang ini, cukupkah kita nak bawa jumpa pencipta kita bro… Saya cuma mahu cari jalan pulang yang diredhai Allah. Maafkan saya bro. Wassalam”

Begitulah ceritanya petang tadi. Bro tu sampai sekarang pun aku tunggu kiranya dia mau duduk mengeratkan ukhwah, aku sedia menanti. InsyaAllah.. Aku sedia.🙂 Jadi kita manusia ini tak perlulah nak mencuba ilmu orang lain. Lebih baik kita berkongsi apa yang kita ada. Lagipun kalau nak cepat belajar, carilah guru guru yang mursyid. Kita nak belajar, kitalah cari guru, bukan guru cari kita. InsyaAllah..

~ by karmatunk on October 27, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: