Alhamdulillah.. Ketenangan itu hadir.

Salam.

Jumaat. 15 Zulkaedah 1431h. 22 Oktober 2010. Very early morning!  Alhamdulillah. Pagi yang sangat tenang. Tenang hingga hadir dalam diri aku. Tenang hingga hadir dalam jiwa aku. Sungguh tenang.. Peganglah pada Al-Quran, Hadith & Sunnah dan selalu ingat bahawa janji Allah itu benar! Bertaqwalah pada Allah yang maha esa. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang tersurat & tersirat. Buanglah sifat yakin pada makhluk dan tetapkanlah dalam hati yakin pada Allah swt. Sesungguhnya makhluk tiada kuasa, hanya Allah yang maha berkuasa.!

Kita ini manusia yang selalu leka & alpa. Kita kena selalu saling ingat memperingati antara satu sama lain. Kita jangan lupa pada pencipta kita. Kita lupa pada permintaanNya sedangkan kita hidup di dalam kudratNya. Kita masih tak sedar akan kebinasaan dan kehancuran yang Allah jatuhkan pada kaum kaum sebelum kita. Kaum kaum yang sebelum ini hidup sebelum kita yang sangat kaya raya, kaum yang hidup penuh mewah. Semuanya Allah hancurkan akibat dari keangkuhan dan keingkaran mereka untuk bertaqwa pada Allah swt. Mereka tidak beriman pada Allah swt dan tidak ikut serta tidak percaya pada Nabi nabi yang Allah utuskan bagi menunjukkan pada mereka jalan kebenaran. Mereka ingkar! Cuba kita fikirkan adakah kita akan kembali ke zaman tersebut dimana kebanyakkan manusia tidak patuh pada Allah.

Cuba kita fikirkan.. katakanlah, kita dijemput para pemimpin (agong/perdana menteri) untuk meeting jam 3,tapi kita sampai lewat, apa akan jadi..? Tentu pemimpin berkenaan akan marah, benci, geram dan tak suka bukan? Sekarang cuba kita bayangkan betapa murkanya Allah swt yang mencipta kita, sedangkan Allah dah tetapkan waktu solat, CTH: Zohor Jam 1pm, tapi kita sengaja lewat lewatkan waktu solat itu. Tidakkah Allah akan murka pada kita? Sedangkan Dia yang mencipta kita, kita berada dalam zatnya, kita hidup dalam pentadbiranNya, tapi kita masih buat tidak tahu atau buat buat lupa tentang solat dan lain lain suruhanNya. Kita kena ada ‘Quality of Para Sahabat” dalam diri kita. Para sahabat sangat bertaqwa pada Allah.! Kita kena jadikan para sahabat sebagai contoh untuk kita. Marilah..! Marilah penuhi hak hak kita sebagai umat Muhammad.

Panjang pulak aku taip taip pagi ini. Islam itu sangat halus. Akan aku pelajari ilmu agama sedalam dalamnya dan kupas kehalusannya. InsyaAllah dengan izinNya aku dapat apa yang aku cari! InsyaAllah! Selamat pagi dunia.

~ by karmatunk on October 21, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: