Sesungguhnya Allah telah tetapkan segalanya. Percayalah!

Salam.

Alhamdulillah Sekian lama juga aku tidak taip-taip disini. Aku agak kurang ‘online’ buat ketika ini. Bukan apa, aku malas terperangkap dalam alam teknologi maklumat ini tak kira dari sudut permainan video, online, chatting program atau apa saja yang berkaitan. Bukan tak suka tapi aku takut aku hanyut. Jadi aku berjaga jaga dan berhati hati dalam tiap apa yang aku kerjakan sekiranya ianya akan membawa kepada kelalaian dan kealpaan. Aku lebih banyak habiskan masa aku dengan keluarga, bacaan yang berfaedah dan amalan yang akan berikan aku manfaat. Adalah lebih baik dari aku merapu sana sini. Hmm.

Minggu ni adalah minggu yang membuatkan aku sangat gembira. Alhamdulillah. Sesungguhnya rezeki itu akan datang melimpah ruah. Sungguh tidak dijangka. Manusia kini hanya ingat rezeki itu duit dan harta. Tapi segalanya adalah rezeki. Rezeki Allah itu Allah SWT permudahkan buat aku.  Allah bagi apa tiap yang aku minta antara cepat dan lambat sahaja. Subhanallah.! Ingatlah bahawa “Janji Allah adalah benar“.! Sungguh yakinlah bahawa Allah senantiasa ada dalam diri kita melihat kita dalam kerajaanNya ini. Yakinlah bahawa Allah itu Maha melihat dan Maha Mengetahui akan tiap tiap yang berlaku. Cintailah Allah SWT dan Muhammad SAW kerna itu adalah lebih membawa manfaat, kebaikan dan membawa akhlak yang mulia dalam diri kita. Tiada cinta yang lebih setia berbanding dengan yang lain melainkan cintai pencipta kita Allah SWT.  Tunaikanlah kewajipan sebagai hamba Allah dan abdikan diri padaNya. InsyaAllah.!

Kuasa Allah SWT. Image ini aku snap tadi lepas Asar aku pulang dari surau. Sekali tengok mungkin hanya sekeping gambar. Memang benar hanya sekeping gambar direct ke cahaya matahari. Tapi kita fikir balik kekuasaan matahari yang tak jemu jemu memancar cahayanya di muka bumi Allah ini. Fikir fikirkanlah..

~ by karmatunk on October 17, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: