Precious Friday. Syukran!

Salam.

Jumaat.. Penghulu kepada hari hari lain. Masa, hari berlalu dengan sangat pantas dan tanpa kita sedari usia pun sudah makin meningkat dari hari ke hari. Tak perlulah nak tunggu hari kelahiran baru nak sedar yang kita ni semakin tua. Tiap masa yang berlalu tu pun dah buat kita semakin berusia. Dalam perniagaan, setiap sen dikira.. Dalam kehidupan pula, tentulah setiap detik berharga! Wang ringgit boleh diusahakan, dicari balik, tapi nyawa, kehidupan tak boleh nak dijual beli. Sebab tu kita mesti sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Kita hidup diatas bumi-Nya, kita hirup udara-Nya, kita makan minum hasil dari rezeki yang dikurniakan-Nya, kita buat apa pun dengan kudrat-Nya namun kita lalai atas suruhan-Nya, kita leka di atas amalan amalan yang dituntut-Nya, kita alpa diatas permintaan ¬†arahan-Nya. Kita kena ingat, yang mana kita hidup di dunia-Nya yang kita pijak sekarang ini adalah sementara semata mata. Alam yang kekal adalah alam akhirat kelak, kekal abadi.! Disanalah tempat kita akan ditentukan melalui amalan amalan kita. Tiap tiap masa aku fikirkan tentang ini. Aku takut. Aku tak tahu selama 25 tahun aku hidup ini, adakah aku dah penuhi permintaan-Nya?Adakah cukup amalan amalan yang aku nak bawa kepada-Nya? … Macam macam persoalan yang selalu bermain di fikiran ini. Namun, hingga ke detik ini, aku tawakkal kepada-Nya kerana aku hidup di atas kudrat-Nya, aku berusaha setiap hari memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri dan aku niat setiap apa yang aku lakukan ini adalah ‘kerana Allah taala’. Aku cari amalan amalan yang wajib, sunat dan segala amalan yang boleh bantu aku di ‘sana’ kelak. InsyaAllah..dengan izin-Nya. Pedulikan apa kata orang, nak cakap apa pun cakaplah.. kerana bukan orang itu yang akan beri syafaat pada aku nanti. Syukran padamu Ya Allah.!

~ by karmatunk on September 30, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: